1 Apabila Yonatan melihat kesempatan yang baik baginya, dia memilih beberapa orang dan mengutus mereka ke Roma untuk meneguhkan dan membaharui persahabatan dengan orang Roma.
2 Dia juga mengirim surat-surat dengan pesan yang sama ke Sparta dan beberapa buah tempat yang lain.
3 Maka berangkatlah para utusan itu ke Roma. Mereka menghadap Dewan Negara dan melaporkan bahawa mereka diutus oleh Imam Agung Yonatan dan bangsa Yahudi untuk membaharui persahabatan dan perikatan dengan Roma.
4 Lalu Dewan Negara memberi mereka surat-surat untuk para pembesar di negeri-negeri yang akan dilalui oleh mereka, dengan permintaan supaya mereka dihantar pulang ke negeri Yudea dengan selamat.
5 Inilah salinan surat yang dikirim oleh Yonatan kepada orang Sparta: