10 Tetapi kami mencuba mengirim surat ini juga untuk membaharui ikatan persahabatan dan persaudaraan kami dengan saudara-saudara, oleh sebab kami tidak mahu menjadi orang asing kepada saudara-saudara. Lagi pula sudah beberapa tahun berlalu sejak surat yang pertama itu.
11 Selama ini dari tahun ke tahun, kami ingat akan saudara-saudara pada setiap kesempatan, pada perayaan-perayaan kami dan hari-hari lain waktu kami mempersembahkan korban dan berdoa, seperti selayaknya dilakukan oleh orang yang bersaudara.
12 Kami bergembira kerana kemasyhuran saudara-saudara.
13 Memang kami telah mengalami banyak kesulitan dan peperangan kerana sering kali diserang oleh raja-raja di sekitar kami.
14 Selama masa peperangan itu kami tidak mahu menyusahkan saudara-saudara atau sekutu dan sahabat-sahabat kami yang lain,
15 oleh sebab kami mendapat bantuan Tuhan. Dialah yang mengalahkan musuh-musuh kami dan menyelamatkan kami daripada mereka.
16 Kami telah memilih Numenius anak Antiokhus serta Antipater anak Yason dan mengutus mereka ke Roma untuk membaharui ikatan persahabatan dan perikatan kami dengan orang Roma.