11 Selama ini dari tahun ke tahun, kami ingat akan saudara-saudara pada setiap kesempatan, pada perayaan-perayaan kami dan hari-hari lain waktu kami mempersembahkan korban dan berdoa, seperti selayaknya dilakukan oleh orang yang bersaudara.
12 Kami bergembira kerana kemasyhuran saudara-saudara.
13 Memang kami telah mengalami banyak kesulitan dan peperangan kerana sering kali diserang oleh raja-raja di sekitar kami.
14 Selama masa peperangan itu kami tidak mahu menyusahkan saudara-saudara atau sekutu dan sahabat-sahabat kami yang lain,
15 oleh sebab kami mendapat bantuan Tuhan. Dialah yang mengalahkan musuh-musuh kami dan menyelamatkan kami daripada mereka.
16 Kami telah memilih Numenius anak Antiokhus serta Antipater anak Yason dan mengutus mereka ke Roma untuk membaharui ikatan persahabatan dan perikatan kami dengan orang Roma.
17 Mereka juga kami utus kepada saudara-saudara untuk menyampaikan salam kami, dan surat ini tentang pembaharuan ikatan persaudaraan kita.