22 Sejak kami mengetahui hal itu, kami ingin mendapat khabar tentang keadaan saudara-saudara.
23 Kalau saudara-saudara bersedia membahagi semua harta, ternakan dan tanah saudara-saudara, maka kami menulis bahawa kami bersedia berbuat begitu juga. Kami menyuruh utusan kami memberitahu hal itu kepada saudara-saudara.”
24 Yonatan mendengar bahawa panglima-panglima Raja Demetrius kembali dengan tentera yang lebih besar lagi untuk berperang melawan dia.
25 Yonatan tidak mahu memberi kesempatan kepada mereka untuk masuk ke wilayahnya. Maka berangkatlah Yonatan dari Yerusalem dan menghadapi mereka di daerah Hamat.
26 Yonatan menyuruh beberapa orang pengintip ke perkhemahan musuh. Mereka kembali dan melaporkan bahawa musuh bersiap-siap hendak menyerang orang Yahudi pada waktu malam.
27 Apabila matahari terbenam, Yonatan menyuruh anak buahnya berjaga-jaga sepanjang malam dengan senjata lengkap, siap menghadapi serangan musuh setiap saat. Dia juga menempatkan penjaga-penjaga di sekeliling perkhemahan.
28 Apabila tentera musuh mendengar bahawa Yonatan dan anak buahnya sudah siap untuk bertempur, mereka sangat ketakutan. Mereka menyalakan api unggun di perkhemahan mereka lalu melarikan diri.