26 Yonatan menyuruh beberapa orang pengintip ke perkhemahan musuh. Mereka kembali dan melaporkan bahawa musuh bersiap-siap hendak menyerang orang Yahudi pada waktu malam.
27 Apabila matahari terbenam, Yonatan menyuruh anak buahnya berjaga-jaga sepanjang malam dengan senjata lengkap, siap menghadapi serangan musuh setiap saat. Dia juga menempatkan penjaga-penjaga di sekeliling perkhemahan.
28 Apabila tentera musuh mendengar bahawa Yonatan dan anak buahnya sudah siap untuk bertempur, mereka sangat ketakutan. Mereka menyalakan api unggun di perkhemahan mereka lalu melarikan diri.
29 Yonatan dan anak buahnya melihat api unggun itu, tetapi hanya pada keesokan harinya mereka tahu akan apa yang telah terjadi.
30 Lalu Yonatan mengejar mereka, tetapi tidak berjaya menangkap mereka, kerana mereka sudah menyeberang Sungai Eleuterus.
31 Lalu Yonatan membelok dan menyerang orang Zabadi daripada suku bangsa Arab. Mereka dikalahkan dan milik mereka dirampas.
32 Sesudah itu Yonatan berangkat lagi dan pergi ke Damsyik, lalu menjelajah seluruh negeri.