3 Maka berangkatlah para utusan itu ke Roma. Mereka menghadap Dewan Negara dan melaporkan bahawa mereka diutus oleh Imam Agung Yonatan dan bangsa Yahudi untuk membaharui persahabatan dan perikatan dengan Roma.
4 Lalu Dewan Negara memberi mereka surat-surat untuk para pembesar di negeri-negeri yang akan dilalui oleh mereka, dengan permintaan supaya mereka dihantar pulang ke negeri Yudea dengan selamat.
5 Inilah salinan surat yang dikirim oleh Yonatan kepada orang Sparta:
6 “Imam Agung Yonatan, Majlis Kaum Tua-Tua, para imam dan seluruh bangsa Yahudi, kepada saudara-saudara kami di Sparta, salam!
7 Dahulu Raja Areios, raja saudara-saudara mengirim surat kepada Onias, Imam Agung kami untuk menyatakan bahawa kedua-dua bangsa kita bersaudara. Salinan surat itu kami lampirkan di sini.
8 Utusan Raja Areios disambut oleh Onias dengan segala hormat, dan surat yang menyatakan perikatan dan persahabatan kita diterima olehnya.
9 Sebenarnya perikatan seperti itu tidak kami perlukan, oleh sebab kami menimba kekuatan kami daripada Alkitab yang ada pada kami.