32 Sesudah itu Yonatan berangkat lagi dan pergi ke Damsyik, lalu menjelajah seluruh negeri.
33-34 Sementara itu Simon juga pergi bertempur dan sudah maju hingga ke Askelon dan kubu-kubu di sekitarnya. Dia kemudian membelok dan menuju ke Yope, sebuah kota berkubu, dan menempatkan tentera pendudukan untuk menjaganya kerana dia telah mendengar bahawa penduduk ingin menyerahkan kota berkubu itu kepada pasukan Raja Demetrius.
35 Apabila Yonatan kembali ke Yerusalem, dia memanggil kaum tua-tua rakyat dan membuat rancangan bersama-sama mereka untuk membina kubu-kubu di Yudea,
36 meninggikan tembok-tembok Yerusalem dan mendirikan tembok pemisah yang tinggi di antara kubu dan kota untuk memencilkan kubu supaya musuh tidak dapat berjual beli dengan penduduk.
37 Rakyat bergotong-royong memperkuat pertahanan kota, oleh sebab sebahagian tembok sebelah timur di sepanjang Lembah Kidron sudah roboh. Tembok di bahagian Kafenata juga perlu diperbaiki.
38 Simon juga membina semula kota Adida di kaki bukit. Kota itu diperkuatkannya lalu dipasangnya pintu gerbang dan palang pintu.
39 Kemudian Trifon berusaha untuk menggulingkan Raja Antiokhus supaya dia sendiri dapat menjadi raja Asia Barat Daya.