42 Apabila melihat Yonatan dengan tentera sebanyak itu, Trifon tidak berani menangkap dia.
43 Maka diterimanya Yonatan dengan segala hormat, lalu diperkenalkannya kepada semua sahabatnya. Yonatan diberinya berbagai-bagai hadiah. Lalu semua sahabat dan pasukannya diperintahkan mentaati Yonatan seperti dirinya sendiri.
44 Dia bertanya kepada Yonatan, “Mengapa tuan menyusahkan orang sebanyak itu, padahal kita tidak berperang?
45 Lebih baik tuan menyuruh mereka pulang. Baiklah tuan memilih beberapa orang untuk tinggal bersama-sama tuan, dan ikutlah dengan kami ke Ptolemais. Kota itu akan saya serahkan kepada tuan, juga kubu-kubu dan pasukan-pasukan lainnya dan semua pegawainya, kerana itulah maksud kedatangan saya di sini. Sesudah itu saya akan pulang.”
46 Yonatan percaya kepada Trifon dan mengikut nasihatnya. Dia menyuruh pasukan-pasukannya pulang ke Yudea.
47 Hanya 3,000 orang yang dibawanya, 2,000 orang ditinggalkan di Galilea, sedangkan 1,000 orang lainnya menyertai dia.
48 Tetapi apabila Yonatan memasuki kota Ptolemais, penduduknya menutup pintu gerbang. Yonatan ditangkap dan semua pengikutnya dibunuh dengan pedang.