46 Yonatan percaya kepada Trifon dan mengikut nasihatnya. Dia menyuruh pasukan-pasukannya pulang ke Yudea.
47 Hanya 3,000 orang yang dibawanya, 2,000 orang ditinggalkan di Galilea, sedangkan 1,000 orang lainnya menyertai dia.
48 Tetapi apabila Yonatan memasuki kota Ptolemais, penduduknya menutup pintu gerbang. Yonatan ditangkap dan semua pengikutnya dibunuh dengan pedang.
49 Lalu Trifon mengirimkan pasukan tentera berjalan kaki dan pasukan berkuda ke Galilea dan ke Lembah Yizreel untuk menumpaskan seluruh tentera Yonatan.
50 Pasukan Yahudi berfikir bahawa Yonatan dan semua pengiringnya sudah ditangkap dan dibunuh. Maka mereka saling menguatkan hati dan maju dalam barisan siap bertempur.
51 Ketika musuh melihat bahawa orang Yahudi siap untuk berjuang mati-matian, mereka berbalik.
52 Semua orang Yahudi sampai ke Yudea dengan selamat tetapi dengan penuh perasaan takut. Seluruh rakyat Israel berkabung dengan sedih kerana menyangka Yonatan dan para pengiringnya sudah meninggal.