1 Simon mendengar bahawa Trifon sudah mengumpulkan tentera yang besar dengan maksud memasuki negeri Yudea dan memusnahkannya.
2 Simon tahu bahawa khabar itu membuat rakyat takut dan gentar. Maka dia pergi ke Yerusalem. Dia mengumpulkan seluruh rakyat
3 dan berusaha membesarkan hati mereka dengan berkata, “Kalian tahu betapa banyaknya yang telah dilakukan oleh keluarga bapa saya, saudara-saudara saya dan saya untuk Taurat Musa dan Rumah Allah. Kalian juga tahu tentang semua peperangan dan kesusahan yang kami alami.
4 Semua saudara saya telah mengorbankan nyawa mereka demi Rumah Tuhan, Taurat, dan bangsa kita. Daripada mereka hanya saya yang masih hidup.