12 Sementara itu Trifon dengan sepasukan tentera yang besar meninggalkan kota Ptolemais untuk menyerbu negeri Yudea. Yonatan adik Simon dibawa serta sebagai tawanan.
13 Waktu itu Simon berkhemah dekat dengan kota Adida di pinggir dataran.
14 Ketika Trifon mendengar bahawa Simon sudah menggantikan Yonatan adiknya, dan bahawa dia sudah siap untuk bertempur melawannya, dia mengirim pesanan ini kepada Simon,
15 “Kami menahan Yonatan, adik tuan kerana sewaktu memegang jawatan, dia tidak membayar hutang-hutangnya kepada perbendaharaan kerajaan.
16 Tetapi kami akan membebaskannya asalkan tuan membayar 3,000 kilogram perak kepada kami dan mengirim dua orang anak lelakinya sebagai tawanan untuk menjamin bahawa dia tidak akan memberontak terhadap kami sesudah dia dibebaskan.”
17 Meskipun Simon tahu bahawa dia ditipu, dia mengirim juga wang itu dan kedua-dua orang anak lelaki Yonatan, kerana dia tidak mahu menimbulkan rasa benci daripada pihak rakyat.
18 Dia takut mereka akan mengatakan bahawa Yonatan dibunuh kerana Simon tidak mahu mengirim wang dan kedua-dua orang anak itu.