36 “Raja Demetrius kepada Imam Agung Simon, dan sahabat para raja, kepada bangsa Yahudi dan para pemimpin mereka, salam!
37 Kami sudah menerima mahkota emas dan tangkai palma yang tuan kirim. Kami bersedia membuat perjanjian damai dengan tuan dan menulis kepada para pegawai cukai supaya memberi pengecualian daripada cukai.
38 Semua yang kami tentukan dahulu bagi tuan tetap berlaku, dan kubu-kubu yang tuan bina menjadi milik tuan.
39 Semua kekeliruan dan pelanggaran yang tuan lakukan sehingga sekarang, kami ampunkan. Tuan juga kami bebaskan daripada cukai kerajaan yang masih harus tuan bayar dan daripada cukai-cukai lainnya yang sehingga sekarang dipungut di Yerusalem.
40 Semua orang Yahudi yang memenuhi syarat, boleh masuk perkhidmatan pengawal peribadi kami. Marilah kita hidup berdamai.”
41 Maka dalam tahun 170 bangsa-bangsa asing berhenti menindas orang Yahudi.
42 Sejak itu dalam memulai naskhah-naskhah dan surat-surat perjanjian, orang Yahudi mula mencatat kata-kata: “Dalam tahun pertama pemerintahan Simon, Imam Agung yang besar, panglima dan penguasa orang Yahudi.”