4 Semua saudara saya telah mengorbankan nyawa mereka demi Rumah Tuhan, Taurat, dan bangsa kita. Daripada mereka hanya saya yang masih hidup.
5 Tapi saya tak mahu menyelamatkan diri sendiri pada waktu bahaya apa pun. Saya tidak menganggap saya lebih baik daripada saudara-saudara saya.
6 Biarpun semua bangsa yang membenci kita sudah bergabung untuk menumpas kita, saya akan berjuang untuk membela bangsa saya, Rumah Tuhan dan anak isteri kalian.”
7 Apabila mendengar kata-kata itu, berkobar-kobarlah semangat rakyat,
8 dan mereka menjawabnya dengan gegak gempita, “Hidup Simon, pemimpin kita yang baru, pengganti Yudas dan Yonatan!
9 Pimpinlah kami dalam peperangan! Semua perintah tuan akan kami lakukan!”
10 Lalu Simon mengumpulkan semua askar dan bergegas-gegas menyelesaikan tembok-tembok Yerusalem dan memperkuat semua pertahanannya.