50 Akhirnya mereka mohon berdamai dengan Simon. Dia setuju, tetapi mereka diusir dari situ, lalu kubu itu dibersihkan daripada segala pencemaran.
51 Pada tarikh dua puluh tiga bulan kedua tahun 171 Simon dan anak buahnya memasuki kubu itu. Mereka membawa daun palma dan menyanyikan lagu pujian dan syukur dengan diiringi kecapi, simbal dan dandi, kerana musuh besar Israel sudah dimusnahkan.
52 Simon menetapkan bahawa setiap tahun hari itu harus dirayakan dengan gembira. Kemudian diperkuatnya pertahanan bukit Rumah Allah yang menghadap ke kubu. Lalu dia dan anak buahnya menetap di situ.
53 Sementara itu Yohanes anak Simon sudah dewasa, maka Simon melantiknya menjadi panglima seluruh angkatan perang. Yohanes menetap di Gezer.