1 Dalam tahun 172 Raja Demetrius yang Kedua mengumpulkan tentera baginda, lalu berangkat ke Media mencari bantuan untuk berperang melawan Trifon.
2 Ketika Arsakes yang Keenam, raja Persia dan Media mendengar bahawa Raja Demetrius telah memasuki wilayahnya, baginda mengirim seorang panglima dengan beberapa pasukan untuk menangkap Raja Demetrius hidup-hidup.
3 Tentera Raja Demetrius diserang dan ditumpaskan. Raja Demetrius sendiri ditangkap lalu dibawa menghadap Raja Arsakes dan dipenjarakan.
4 Selama masa pemerintahan Simon, negeri Yudea aman. Dia mengusahakan kesejahteraan bangsanya. Pemerintahannya disukai oleh orang bawahannya, dan dia dihormati seumur hidupnya.