13 Semua raja yang memusuhi mereka sudah dikalahkan, dan di negeri itu tidak ada yang memerangi orang Yahudi.
14 Simon menolong banyak orang sebangsanya yang miskin. Dia mentaati Taurat Musa dan menumpas semua orang jahat dan pelanggar hukum.
15 Rumah Tuhan diperindahnya. Dia juga menambahkan sejumlah besar peralatan untuk keperluan ibadat.
16 Khabar tentang kematian Yonatan membuat orang Roma dan Sparta amat sedih.
17 Tetapi ketika orang Sparta mendengar bahawa Simon telah menggantikan adiknya sebagai Imam Agung, dan bahawa dia menguasai seluruh negeri dan semua kotanya,
18 mereka menulis kepada Simon untuk membaharui ikatan persahabatan dan perikatan yang dahulu dibuat oleh mereka dengan Yudas dan Yonatan, saudara-saudaranya. Surat yang diukir pada lempeng gangsa
19 dibacakan kepada persidangan rakyat di Yerusalem.