15 Rumah Tuhan diperindahnya. Dia juga menambahkan sejumlah besar peralatan untuk keperluan ibadat.
16 Khabar tentang kematian Yonatan membuat orang Roma dan Sparta amat sedih.
17 Tetapi ketika orang Sparta mendengar bahawa Simon telah menggantikan adiknya sebagai Imam Agung, dan bahawa dia menguasai seluruh negeri dan semua kotanya,
18 mereka menulis kepada Simon untuk membaharui ikatan persahabatan dan perikatan yang dahulu dibuat oleh mereka dengan Yudas dan Yonatan, saudara-saudaranya. Surat yang diukir pada lempeng gangsa
19 dibacakan kepada persidangan rakyat di Yerusalem.
20 Inilah salinan surat yang dikirim orang Sparta:“Rakyat Sparta dan para pemimpinnya kepada Imam Agung Simon, para pemimpin dan imam serta seluruh rakyat Yahudi, saudara-saudara kami, salam!
21 Para utusan yang tuan kirim kepada rakyat kami memberitahu bahawa saudara sekalian sangat termasyhur dan dihormati. Kunjungan mereka membuat kami sangat gembira.