21 Para utusan yang tuan kirim kepada rakyat kami memberitahu bahawa saudara sekalian sangat termasyhur dan dihormati. Kunjungan mereka membuat kami sangat gembira.
22 Keterangan mereka sudah kami tulis dalam keputusan persidangan rakyat sebagai berikut: ‘Numenius anak Antiokhus dan Antipater anak Yason, utusan terhormat bangsa Yahudi, datang kepada kami untuk membaharui ikatan persahabatan mereka.
23 Persidangan rakyat berkenan menerima mereka dengan segala hormatnya dan menyalin keterangan mereka dalam piagam kota sebagai kenang-kenangan untuk rakyat Sparta. Salinan daripada dokumen itu dibuat untuk Imam Agung Simon.’ ”
24 Kemudian Simon mengutus Numenius ke Roma dan membawa hadiah perisai emas yang besar seberat 44 kilogram untuk mengukuhkan ikatan persahabatan dengan orang Roma.
25 Ketika rakyat mendengar semua kejadian itu, mereka berkata, “Bagaimana kami dapat membalas budi Simon dan anak-anaknya?
26 Dia dan saudara-saudaranya dan seluruh keluarga bapanya adalah orang yang gagah berani. Mereka sudah mengusir semua musuh kita dan menjamin kemerdekaan bangsa kita.”Oleh itu mereka membuat catatan pada lempeng gangsa yang digantungkan pada tugu-tugu di Bukit Sion.
27 Inilah kandungan tulisan itu:“Pada tarikh lapan belas bulan Elul tahun 172, iaitu tahun ketiga pemerintahan Imam Agung Simon di Asaramel,