28 dalam persidangan besar para imam dan rakyat, para pemimpin bangsa dan kaum tua-tua, diumumkan hal-hal yang berikut:
29 Setiap kali terjadi pertempuran di negeri ini, Simon anak Matatias keturunan Yoarib dan saudara-saudaranya mempertaruhkan nyawa mereka untuk menyelamatkan Rumah Allah, bangsa dan Taurat kita terhadap musuh. Mereka telah membawa kehormatan besar kepada bangsa kita.
30 Yonatan telah mempersatukan bangsa kita dan menjadi Imam Agung sehingga dia meninggal.
31 Kemudian musuh mahu menyerbu dan memusnahkan negeri ini serta menajiskan Rumah Allah.
32 Tetapi Simon bangkit dan berjuang bagi bangsanya. Sejumlah besar wangnya disumbangkannya untuk memberi nafkah dan perlengkapan senjata kepada angkatan perang negara.
33 Kota-kota di Yudea diperkuatkannya, khususnya Bet-Zur di perbatasan, yang dahulu menjadi gudang senjata musuh. Lalu ditempatkannya sebuah pasukan Yahudi untuk menduduki kota itu.
34 Diperkuatnya pula kota pelabuhan Yope dan kota Gezer di perbatasan Asdod yang dahulu diduduki tentera musuh. Di kota-kota itu ditempatkannya orang Yahudi, dan mereka diperlengkapi dengan apa sahaja yang diperlukan oleh mereka untuk membina kota itu semula.