11 Imam Agung Simon telah mengangkat Ptolemeus anak Abub menjadi panglima di dataran Yerikho. Ptolemeus sangat kaya,
12 kerana dia menantu Simon.
13 Tetapi dia menjadi sombong dan ingin menguasai seluruh negeri. Oleh itu dia memikirkan sebuah rancangan yang licik untuk membunuh Simon dan anak-anaknya.
14 Suatu ketika Simon bersama dengan kedua-dua orang anaknya, Matatias dan Yudas sedang berkunjung ke kota-kota di wilayahnya untuk memperhatikan keperluan kota-kota itu. Dalam bulan Syebat, iaitu bulan kesebelas tahun 177, mereka tiba di kota Yerikho.
15 Dengan liciknya Ptolemeus menerima mereka di kubu kecil bernama Dok yang telah dibinanya sendiri. Ptolemeus mengadakan pesta besar untuk mereka, tetapi diam-diam disembunyikannya beberapa orang askar di situ.
16 Ketika Simon dan kedua-dua orang anaknya mabuk, Ptolemeus dan anak buahnya bangun, mengambil senjata mereka dan menyerang Simon di ruang perjamuan. Mereka membunuh Simon, kedua-dua orang anaknya dan beberapa orang pengiring.
17 Demikianlah Ptolemeus melakukan pengkhianatan besar dan membalas kebaikan dengan kejahatan.