4 Kemudian Yohanes memilih 20,000 orang askar dan pasukan berkuda dari negeri itu, dan mereka mara melawan Kendebeus. Mereka bermalam di Modein.
5 Esoknya pagi-pagi lagi mereka berangkat ke dataran. Di situ mereka didatangi oleh sejumlah besar pasukan berkuda dan pasukan tentera berjalan kaki, tetapi di antara kedua-dua pasukan itu ada sebatang sungai.
6 Yohanes dan pasukannya berkhemah berhadapan dengan pasukan musuh. Apabila Yohanes melihat askar-askarnya takut menyeberang sungai, dia sendiri menyeberangnya terlebih dahulu. Apabila melihat hal itu anak buahnya menyusul.
7 Lalu Yohanes membahagi tenteranya. Dia menempatkan pasukan berkuda di tengah-tengah pasukan tentera berjalan kaki, kerana pasukan berkuda musuh sangat besar jumlahnya.
8 Trompet tanda menyerang dibunyikan. Kendebeus dan tenteranya mengalah dan banyak antara mereka cedera. Tentera yang lain lari ke kubu mereka di Kidron.
9 Yudas adik Yohanes terluka dalam pertempuran itu, tetapi Yohanes terus mengejar musuh sehingga ke kota Kidron yang sudah dibina semula oleh Kendebeus.
10 Tentera musuh juga melarikan diri ke menara-menara di ladang-ladang Asdod, tetapi Yohanes membakarnya sehingga musnah. Pada hari itu lebih kurang 2,000 orang tentera musuh binasa, dan Yohanes kembali dengan selamat ke Yudea.