16 Ketika dia sampai di genting Bet-Horon, Yudas dan sekelompok kecil orangnya mara menghadapinya.
17 Apabila melihat pasukan Seron datang, mereka berkata kepada Yudas, “Bagaimanakah kelompok kita yang sekecil ini dapat memerangi pasukan sebesar dan sekuat itu! Lagipun kita lelah dan belum makan sepanjang hari!”
18 Jawab Yudas, “Mudah saja kelompok yang kecil mengalahkan pasukan yang besar. Bagi Tuhan tiada bezanya menyelamatkan dengan banyak orang atau dengan sedikit saja.
19 Dalam pertempuran, kemenangan tidak tergantung kepada pasukan yang besar. Kuasa Tuhanlah yang menentukan hasilnya.
20 Kumpulan orang yang datang melawan kita itu sangat bongkak dan jahat. Mereka mahu merampas segala milik kita dan membunuh kita dan anak isteri kita.
21 Tetapi kita berjuang untuk nyawa dan agama kita.
22 Tuhan sendiri akan membinasakan musuh di depan kita. Jadi jangan takut kepada mereka!”