4 Dia bertindak seperti singayang mengaum-aum mencari mangsa.
5 Pelanggar hukum dikejar-kejarnya,dibakarnya semua yang menindas bangsanya.
6 Semua orang jahat kebingungan dan bersembunyikerana takut kepadanya.Demikianlah dia berjayamembebaskan bangsanya.
7 Dia menyebabkan banyak raja sakit hati,tetapi bangsa Israel dijadikannya gembira.Patutlah dia diingati dan dipuji selamanyakerana apa yang telah dilakukannya.
8 Dia menjelajah semua kota Yudeadan membinasakan semua orang jahatserta membebaskan Israel daripada penderitaan yang berat.
9 Namanya termasyhur hingga ke hujung bumi,kerana dia mengumpulkan orang yang hampir binasa.
10 Kemudian Apolonius membentuk sepasukan tentera gabungan orang asing dengan pasukan besar dari Samaria untuk menyerang bangsa Israel.