43 Tetapi mereka berkata satu sama lain, “Mari kita bangkitkan semula bangsa kita daripada kebinasaan dan berjuang untuk tanah air dan Rumah Allah!”
44 Lalu seluruh bangsa berkumpul untuk menyiapkan diri bagi pertempuran dan berdoa memohon belas kasihan Allah.
45 Yerusalem tanpa penghuni seperti padang gurun;tak ada penduduk yang keluar masuk kota.Rumah Tuhan diinjak-injak,kubu kota diduduki orang asingdan dijadikan tempat penginapan orang luar.Kegembiraan sudah lenyap dari Israel;bunyi muzik tak terdengar lagi.
46 Kemudian Yudas dan anak buahnya berkumpul dan pergi ke kota Mizpa yang berhadapan dengan Yerusalem, oleh sebab dahulu orang Israel pernah mempunyai tempat ibadat di Mizpa.
47 Sepanjang hari itu mereka berpuasa, memakai kain guni tanda berkabung, menaburi kepala mereka dengan abu, dan mengoyak pakaian mereka kerana sedih.
48 Dalam keadaan seperti itu, bangsa-bangsa lain akan minta petunjuk kepada berhala-berhala mereka, tetapi orang Israel membuka kitab Taurat untuk mendapat bimbingan Allah.
49 Mereka membawa pakaian imam, persembahan hasil tanah yang pertama, dan persembahan persepuluhan. Mereka juga membawa orang Nazir yang sudah menunaikan nazar mereka.