51 Rumah-Mu yang suci sudah diinjak-injak dan dicemarkan. Imam-imam-Mu berkabung dan merendahkan diri.
52 Orang asing telah bersekutu untuk menyerang dan membinasakan kami. Tuhan tahu akan rancangan mereka untuk menentang kami.
53 Jika Engkau tidak menolong kami, bagaimana kami dapat bertahan terhadap mereka?”
54 Lalu mereka meniup trompet dan berteriak dengan nyaring.
55 Sesudah itu, Yudas melantik pemimpin-pemimpin untuk mengetuai kelompok-kelompok askar yang berjumlah seribu, seratus, lima puluh, dan sepuluh orang.
56 Tetapi sesuai dengan Taurat, Yudas menyuruh pulang semua orang yang sedang membina rumah, atau menanami ladang anggur, atau baru sahaja berkahwin, serta setiap orang yang ketakutan.
57 Akhirnya pasukannya bergerak dan mengambil tempat di sebelah selatan kota Emaus.