6 Semua orang jahat kebingungan dan bersembunyikerana takut kepadanya.Demikianlah dia berjayamembebaskan bangsanya.
7 Dia menyebabkan banyak raja sakit hati,tetapi bangsa Israel dijadikannya gembira.Patutlah dia diingati dan dipuji selamanyakerana apa yang telah dilakukannya.
8 Dia menjelajah semua kota Yudeadan membinasakan semua orang jahatserta membebaskan Israel daripada penderitaan yang berat.
9 Namanya termasyhur hingga ke hujung bumi,kerana dia mengumpulkan orang yang hampir binasa.
10 Kemudian Apolonius membentuk sepasukan tentera gabungan orang asing dengan pasukan besar dari Samaria untuk menyerang bangsa Israel.
11 Apabila mendengar hal itu, Yudas mara ke medan perang, lalu mengalahkan dan membunuh Apolonius. Banyak musuh binasa dan yang lainnya melarikan diri.
12 Barang-barang mereka dirampas. Pedang Apolonius diambil oleh Yudas dan digunakan seumur hidupnya.