10 Marilah kita sekarang berseru kepada Tuhan supaya Dia mengasihani kita. Semoga Dia ingat akan perjanjian-Nya dengan nenek moyang kita dan membinasakan pasukan yang kita hadapi hari ini.
11 Maka semua bangsa asing akan tahu bahawa Israel mempunyai Allah yang membebaskan dan menyelamatkan umat-Nya.”
12 Apabila semua orang asing itu melihat Yudas dan anak buahnya datang berperang,
13 mereka keluar dari perkhemahan mereka untuk bertempur. Yudas dan anak buahnya meniup trompet dan
14 mulai berperang. Pasukan asing itu digempur sehingga melarikan diri ke dataran,
15 tetapi mereka yang berjalan di belakang dibinasakan. Orang Israel mengejar musuh hingga sejauh Gezer, dataran Idumea, dan kota-kota Asdod, serta Yamnia. Daripada pihak musuh ada sekitar 3,000 orang yang terbunuh.
16 Apabila Yudas dan pasukannya kembali daripada pengejaran,