15 tetapi mereka yang berjalan di belakang dibinasakan. Orang Israel mengejar musuh hingga sejauh Gezer, dataran Idumea, dan kota-kota Asdod, serta Yamnia. Daripada pihak musuh ada sekitar 3,000 orang yang terbunuh.
16 Apabila Yudas dan pasukannya kembali daripada pengejaran,
17-18 dia berkata kepada anak buahnya, “Jangan serakah mengambil barang jarahan. Gorgias dan pasukannya masih ada dekat pergunungan ini. Kita masih menghadapi pertempuran lain. Kita harus tetap tabah dan berjuang. Sesudah itu kamu dapat mengambil barang jarahan dengan leluasa.”
19 Sesudah Yudas selesai bercakap, sebahagian pasukan musuh muncul dari pergunungan.
20 Pasukan musuh itu melihat bahawa tentera mereka sudah lari. Daripada asap yang mengepul mereka tahu bahawa perkhemahan mereka terbakar.
21 Apabila melihat semua itu, mereka gempar. Ketika mereka melihat pasukan Yudas pula di dataran dalam keadaan siap untuk bertempur,
22 mereka semua lari ke Filistea.