16 Apabila Yudas dan pasukannya kembali daripada pengejaran,
17-18 dia berkata kepada anak buahnya, “Jangan serakah mengambil barang jarahan. Gorgias dan pasukannya masih ada dekat pergunungan ini. Kita masih menghadapi pertempuran lain. Kita harus tetap tabah dan berjuang. Sesudah itu kamu dapat mengambil barang jarahan dengan leluasa.”
19 Sesudah Yudas selesai bercakap, sebahagian pasukan musuh muncul dari pergunungan.
20 Pasukan musuh itu melihat bahawa tentera mereka sudah lari. Daripada asap yang mengepul mereka tahu bahawa perkhemahan mereka terbakar.
21 Apabila melihat semua itu, mereka gempar. Ketika mereka melihat pasukan Yudas pula di dataran dalam keadaan siap untuk bertempur,
22 mereka semua lari ke Filistea.
23 Lalu Yudas kembali untuk menjarah perkhemahan musuh. Mereka mengambil sejumlah besar emas dan perak, kain biru dan merah ungu serta banyak harta yang lain.