19 Sesudah Yudas selesai bercakap, sebahagian pasukan musuh muncul dari pergunungan.
20 Pasukan musuh itu melihat bahawa tentera mereka sudah lari. Daripada asap yang mengepul mereka tahu bahawa perkhemahan mereka terbakar.
21 Apabila melihat semua itu, mereka gempar. Ketika mereka melihat pasukan Yudas pula di dataran dalam keadaan siap untuk bertempur,
22 mereka semua lari ke Filistea.
23 Lalu Yudas kembali untuk menjarah perkhemahan musuh. Mereka mengambil sejumlah besar emas dan perak, kain biru dan merah ungu serta banyak harta yang lain.
24 Kemudian orang Yahudi kembali ke perkhemahan mereka dan menyanyikan lagu pujian ini, “Pujilah Tuhan kerana Dia baik. Belas kasihan-Nya kekal abadi.”
25 Pada hari itu bangsa Israel mendapat kemenangan besar.