29 Mereka masuk ke daerah Idumea dan berkhemah dekat dengan kota Bet-Zur. Yudas mendatangi mereka dengan 10,000 orang.
30 Apabila Yudas melihat tentera musuh yang kuat itu, dia berdoa, “Terpujilah Engkau, Penyelamat Israel. Dengan tangan hamba-Mu Daud, Kaugagalkan serangan seorang yang gagah perkasa. Seluruh pasukan Filistin Kauserahkan ke tangan Yonatan anak Saul dan pembawa senjatanya.
31 Semoga dengan cara itu juga Kauserahkan pasukan tentera ini kepada tangan umat-Mu Israel. Biarlah mereka menjadi malu kerana mengharapkan tentera dan pasukan berkuda mereka.
32 Buatlah mereka ketakutan dan luluhkanlah kekuatan mereka. Biarlah mereka kalah dan gementar.
33 Hendaklah Kautumpas mereka dengan pedang orang yang mengasihi Engkau. Semoga Engkau dipuji oleh semua orang yang mengakui Engkau.”
34 Lalu mereka mula berperang, dan dalam pertempuran seorang lawan seorang, kira-kira 5,000 orang daripada pasukan Lisias binasa.
35 Lisias melihat pasukannya melarikan diri, sedangkan Yudas dan anak buahnya mara dengan keberanian yang berkobar-kobar dan bersedia mati sebagai kesateria. Maka Lisias berundur dan pergi ke Antiokhia. Di sana dia mengupah orang asing supaya dapat kembali ke Yudea dengan pasukan tentera yang lebih besar.