5 Malam itu Gorgias dan pasukannya sampai di perkhemahan Yudas, tetapi mereka tidak mendapati seorang pun di sana. Mereka menyangka Yudas dan anak buahnya sudah melarikan diri. Maka pergilah pasukan Gorgias mencari mereka di pergunungan.
6 Ketika fajar menyingsing, Yudas bersama 3,000 orang muncul di dataran. Senjata mereka tidak selengkap seperti yang diinginkan oleh mereka.
7 Mereka melihat perkhemahan orang asing yang kuat dan kubu-kubu mereka dikelilingi pasukan berkuda, semuanya orang yang terlatih dalam perang.
8 Tetapi Yudas berkata kepada anak buahnya, “Jangan cemas melihat pasukan mereka yang besar, dan jangan takut kalau mereka menyerang kita.
9 Ingatlah bagaimana nenek moyang kita diselamatkan di Laut Gelagah ketika mereka dikejar oleh raja Mesir dan pasukannya.
10 Marilah kita sekarang berseru kepada Tuhan supaya Dia mengasihani kita. Semoga Dia ingat akan perjanjian-Nya dengan nenek moyang kita dan membinasakan pasukan yang kita hadapi hari ini.
11 Maka semua bangsa asing akan tahu bahawa Israel mempunyai Allah yang membebaskan dan menyelamatkan umat-Nya.”