1 Sementara Raja Antiokhus yang Keempat sedang menjelajah dataran tinggi Persia, baginda mendengar bahawa kota Elimais terkenal kerana emas dan peraknya.
2 Kuil di kota itu juga sangat kaya, kerana di situ disimpan perisai-perisai emas, baju-baju zirah, dan senjata yang ditinggalkan Aleksander putera kepada Raja Filipus, raja pertama Makedonia.
3 Maka datanglah Raja Antiokhus hendak menawan dan menjarah kota itu. Tetapi baginda tidak berjaya kerana maksudnya diketahui oleh penduduk.
4 Mereka memberi perlawanan terhadapnya sehingga baginda lari dan pulang ke Babel dengan kesal hati.
5 Ketika Raja Antiokhus masih di Persia, seorang utusan datang kepadanya dan mengkhabarkan bahawa pasukan-pasukan yang dikirimnya ke Yudea dikalahkan.
6 Khususnya berita bahawa Lisias dengan pasukannya yang kuat terpaksa melarikan diri daripada orang Yahudi yang bertambah kuat kerana senjata, perlengkapan, dan barang jarahan yang diambil oleh mereka daripada pasukan-pasukan yang dikalahkan mereka.
7 Orang Yahudi juga sudah membongkar apa yang disebut oleh mereka “Bencana Yang Dahsyat” yang didirikan oleh Raja Antiokhus di atas mazbah di Yerusalem. Di sekeliling Rumah Tuhan telah didirikan tembok yang tinggi seperti dahulu. Kota Bet-Zur, salah sebuah kota raja, juga ditawan dan diperkuat.