16 Maka mangkatlah Raja Antiokhus yang Keempat di situ dalam tahun 149.
17 Ketika Lisias mendengar bahawa raja sudah mangkat, dia mengangkat Antiokhus yang muda menjadi raja. Sejak kecil baginda telah diasuh oleh Lisias. Sekarang baginda diberi nama Eupator.
18 Sementara itu askar di dalam kubu di Yerusalem menutup jalan bagi orang Israel di sekeliling Rumah Allah. Tidak henti-hentinya mereka menyusahkan orang Israel dan menyokong orang asing.
19 Oleh itu Yudas memutuskan untuk menumpaskan mereka. Dia mengumpulkan seluruh rakyat untuk mengepung kubu itu.
20 Mereka berkumpul dan mengepung kubu itu dalam tahun 150. Mereka membuat menara-menara pengepungan dan kayu-kayu pelantak.
21 Tetapi beberapa orang dapat melepaskan diri daripada pengepungan, dan bersama dengan beberapa orang Yahudi yang derhaka,
22 mereka menghadap raja dan berkata, “Berapa lamakah tuanku akan menunggu sebelum menegakkan hukum dan membalas perbuatan mereka terhadap saudara-saudara kami?