23 Kami sudah mengabdi kepada ayahanda tuanku dengan sukarela, menuruti semua titah baginda dan mentaati semua perintah baginda.
24 Tapi justeru kerana hal itu kami dimusuhi oleh orang sebangsa kami, dan kubu kami dikepung. Bahkan mereka membunuh siapa sahaja daripada kalangan kami yang ditemui mereka, dan mereka menyita milik kami.
25 Lagi pula bukan kami saja yang diserang oleh mereka, tetapi juga daerah di sekeliling mereka.
26 Sekarang mereka telah mengepung kubu di Yerusalem untuk merebutnya. Mereka juga telah memperkuat Rumah Allah dan kota Bet-Zur.
27 Kalau tuanku tidak menghalang mereka dengan segera, mereka akan berbuat lebih banyak lagi, dan tuanku tak akan dapat menghalang mereka.”
28 Apabila mendengar hal itu raja menjadi murka. Baginda mengumpulkan semua sahabat, para panglima tentera, dan pegawai pasukan berkuda.
29 Baginda juga mengupah sejumlah besar pasukan daripada kerajaan-kerajaan lain dan dari pulau-pulau di Laut Tengah.