31 Mereka melalui daerah Idumea dan mengepung kota Bet-Zur. Mereka membuat kayu-kayu pelantak dan berhari-hari lamanya bertempur di situ. Tetapi penduduk kota yang dikepung itu bertempur dengan gagah berani. Mereka keluar dari kota dan membakar kayu-kayu pelantak itu.
32 Kemudian Yudas menarik pasukan-pasukannya dari kubu di Yerusalem dan berkhemah di Bet-Zakarya berhadapan dengan tentera raja.
33 Pada hari esoknya pagi-pagi lagi, raja memerintahkan tentera baginda untuk serentak berangkat menuju Bet-Zakarya. Lalu barisan siap tempur disusun dan trompet dibunyikan.
34 Gajah-gajah disiapkan untuk pertempuran dengan menunjukkan air buah anggur dan air buah strawberi kepada mereka.
35 Binatang-binatang besar itu ditempatkan di antara barisan perang. Setiap gajah diiringi 500 orang pilihan daripada pasukan berkuda dan 1,000 orang yang memakai baju zirah berantai dan topi gangsa.
36 Pasukan itu harus mengambil tempat di hadapan gajah. Ke mana sahaja gajah itu pergi, mereka mesti mengikutnya dan tidak boleh meninggalkannya.
37 Sebuah menara kayu yang kukuh dipasang dengan alat-alat khas di atas belakang setiap gajah. Menara itu merupakan tempat perlindungan bagi seorang pawang dan empat orang askar yang mengendarainya.