33 Pada hari esoknya pagi-pagi lagi, raja memerintahkan tentera baginda untuk serentak berangkat menuju Bet-Zakarya. Lalu barisan siap tempur disusun dan trompet dibunyikan.
34 Gajah-gajah disiapkan untuk pertempuran dengan menunjukkan air buah anggur dan air buah strawberi kepada mereka.
35 Binatang-binatang besar itu ditempatkan di antara barisan perang. Setiap gajah diiringi 500 orang pilihan daripada pasukan berkuda dan 1,000 orang yang memakai baju zirah berantai dan topi gangsa.
36 Pasukan itu harus mengambil tempat di hadapan gajah. Ke mana sahaja gajah itu pergi, mereka mesti mengikutnya dan tidak boleh meninggalkannya.
37 Sebuah menara kayu yang kukuh dipasang dengan alat-alat khas di atas belakang setiap gajah. Menara itu merupakan tempat perlindungan bagi seorang pawang dan empat orang askar yang mengendarainya.
38 Pasukan berkuda yang lainnya ditempatkan raja di kiri kanan bala tentera baginda supaya dapat melindungi pasukan tentera berjalan kaki sementara mengacau-bilaukan musuh.
39 Sinar matahari yang dipantulkan oleh perisai-perisai emas dan gangsa seperti obor sehingga menerangi pergunungan.