8 Apabila mendengar laporan itu, raja terperanjat dan menderita kekejutan sehingga gering. Baginda sangat sakit hati oleh sebab semuanya tidak terjadi seperti yang dirancang oleh baginda.
9 Lama sekali baginda berbaring di situ, kerana terus terombang-ambing oleh rasa murung yang mencekam. Akhirnya baginda sedar bahawa ajalnya sudah tiba.
10 Maka baginda memanggil semua sahabat baginda dan bertitah kepada mereka, “Beta tak dapat beradu dan hati beta tertekan kerana cemas.
11 Semula beta bertanya pada diri sendiri mengapa beta ditimpa kesukaran yang bertubi-tubi ini, padahal selama pemerintahan beta, beta baik hati dan disukai orang.
12 Tapi sekarang beta teringat akan segala kejahatan yang beta lakukan di Yerusalem, dengan merampas barang-barang emas dan perak dari Rumah Allah dan tanpa alasan menyuruh menumpas penduduk Yudea.
13 Beta insaf bahawa itulah sebabnya beta ditimpa malapetaka ini. Sekarang beta akan mangkat dengan sangat sedih di negeri asing.”
14 Lalu baginda memanggil Filipus, seorang sahabat baginda, dan melantiknya menjadi pemerintah seluruh kerajaan.