1 Yudas telah mendengar perihal orang Roma dan kuasa tentera mereka yang terkenal itu. Siapa sahaja yang datang bergabung dengan mereka diterima dengan baik dan ditawarkan pakatan persahabatan.
2 Yudas juga mendengar tentang peperangan dan kepahlawanan orang Roma terhadap orang di daerah Perancis yang ditakluk dan dipaksa membayar cukai.
3 Juga diceritakan kepadanya apa yang dilakukan oleh orang Roma di daerah Sepanyol untuk merebut lombong emas dan perak di sana.
4 Dengan siasat dan ketabahan hati mereka merebut seluruh negeri itu, biar pun letaknya sangat jauh dari Roma. Raja-raja yang datang dari jauh untuk berperang melawan mereka digempur dan menderita kekalahan besar, sedangkan yang hidup harus membayar cukai tahunan kepada mereka.