12 Tetapi negara-negara yang bersahabat dengan mereka atau mengharapkan perlindungan pada mereka tetap diperlakukan sebagai sahabat.
13 Mereka menakluk banyak kerajaan yang dekat dan juga yang jauh. Sesiapa sahaja yang mendengar tentang perbuatan mereka menjadi takut. Ada orang yang dibantu menjadi raja, dan ada raja yang digulingkan oleh mereka. Mereka sudah mencapai puncak kekuasaan.
14 Biar pun begitu, antara orang Roma tidak ada seorang pun yang mahu meninggikan kedudukannya dengan menobatkan diri sebagai raja.
15 Mereka membentuk Dewan Negara, dan setiap hari 320 orang anggota dewan itu berkumpul untuk membincangkan hal ehwal dan kepentingan rakyat supaya ditadbir dengan baik.
16 Setiap tahun mereka memilih seorang yang diserahi tugas memerintah mereka serta mengawasi seluruh wilayah mereka. Dia ditaati oleh semua orang, dan antara mereka tidak ada rasa cemburu atau iri hati.
17 Lalu Yudas memilih Eupolemus anak Yohanes cucu Akos dan Yason anak Eleazar. Kedua-dua orang itu dikirimnya ke Roma untuk mengadakan perjanjian perikatan dan persahabatan dengan orang Roma.
18 Hal itu dilakukannya supaya mereka dapat melepaskan diri daripada penindasan orang Siria yang memperhamba orang Yahudi.