27 Begitu juga apabila bangsa Yahudi diserang lebih dahulu, bangsa Roma dengan sebulat hati akan memberi bantuan menurut keperluan saat itu.
28 Kepada musuh-musuh Yahudi, bangsa Roma tidak akan memberi bantuan berupa makanan, senjata, wang atau kapal seperti yang ditetapkan di Roma. Bangsa Roma akan melakukan kewajipan mereka dengan jujur.
29 Itulah syarat-syarat perjanjian yang diadakan oleh bangsa Roma dengan bangsa Yahudi.
30 Tetapi, pada masa akan datang jika kedua-dua belah pihak mahu menambah atau mengurangi sesuatu, mereka boleh melakukannya menurut apa yang dianggap baik oleh mereka. Ketentuan terbaru itu akan diakui sah.
31 Tentang kejahatan yang dilakukan oleh Raja Demetrius terhadap orang Yahudi, kami telah menulis kepadanya, ‘Mengapa tuan menindas bangsa Yahudi, sahabat dan sekutu kami?
32 Jika mereka sekali lagi mengeluh kepada kami tentang tuan, kami akan membela mereka dan memerangi tuan di darat mahupun di laut.’ ”