6 Bahkan Raja Antiokhus Agung, raja Asia Barat Daya yang menyerang mereka dengan 120 ekor gajah, pasukan berkuda, kereta kuda perang, dan tentera yang sangat kuat, dikalahkan juga.
7 Raja Antiokhus ditawan, lalu baginda dan pengganti-penggantinya diwajibkan membayar cukai yang berat. Selain itu baginda harus menyerahkan tawanan dan tanah, iaitu
8 India, Media, Lidia dan beberapa buah wilayah lain yang paling baik. Lalu semuanya diserahkan orang Roma kepada Raja Eumenes.
9 Ketika orang Yunani membuat rancangan untuk menyerang dan menumpaskan orang Roma,
10 rancangan itu ketahuan, dan seorang panglima Roma dikirim untuk memerangi mereka. Banyak orang Yunani cedera, anak isteri mereka ditawan, milik mereka dirampas, negeri mereka diduduki, kubu-kubu mereka dirobohkan, dan mereka sendiri diperhamba hingga hari ini.
11 Kerajaan-kerajaan lain dan semua pulau yang pernah melawan mereka dimusnahkan dan penduduknya diperhamba.
12 Tetapi negara-negara yang bersahabat dengan mereka atau mengharapkan perlindungan pada mereka tetap diperlakukan sebagai sahabat.