1 Raja Demetrius mendengar bahawa Nikanor dan tenteranya sudah binasa. Lalu sekali lagi baginda mengirim Bakhides dan Alkimus ke negeri Yudea, bersama dengan tentera Siria.
2 Mereka melalui jalan menuju ke kota Gilgal, lalu mengepung dan menawan kota Maisalot di daerah Arbela dan membunuh banyak orang.
3 Dalam bulan satu tahun 152 mereka berkhemah dekat Yerusalem.
4 Dari situ mereka menuju ke Berea dengan 20,000 orang pasukan tentera berjalan kaki dan 2,000 orang pasukan berkuda.
5 Sementara itu Yudas berkhemah di Elasa dengan 3,000 orang askar pilihan.