11 Lalu tentera Siria keluar mendatangi tentera Yahudi. Pasukan berkuda mereka dipisahkan menjadi dua bahagian. Para pemanah dan penghumban tali mendahului induk tentera, begitu juga pasukan penggempur yang semuanya gagah berani.
12 Bakhides sendiri mengambil tempat di bahagian kanan. Pasukan bergerak maju dari dua sisi, sementara trompet dibunyikan. Tentera Yudas juga meniup trompet.
13 Bumi bergegar kerana bunyi gegak gempita kedua-dua pasukan yang bertempur. Pertempuran berlangsung dari pagi hingga malam.
14 Yudas melihat bahawa Bakhides dan pasukan yang paling kuat ada di sebelah kanan. Maka dia dan anak buahnya yang paling berani
15 menggempur barisan kanan tentera Siria lalu mengejar mereka sehingga ke pergunungan Asdod.
16 Tetapi ketika barisan kiri pasukan Siria melihat bahawa barisan kanan mereka sudah diserang sehingga berundur, mereka membelok dan menyerang Yudas dan anak buahnya dari belakang.
17 Mereka bertempur dengan sengit, dan pada kedua-dua belah pihak banyak yang terkorban.