13 Bumi bergegar kerana bunyi gegak gempita kedua-dua pasukan yang bertempur. Pertempuran berlangsung dari pagi hingga malam.
14 Yudas melihat bahawa Bakhides dan pasukan yang paling kuat ada di sebelah kanan. Maka dia dan anak buahnya yang paling berani
15 menggempur barisan kanan tentera Siria lalu mengejar mereka sehingga ke pergunungan Asdod.
16 Tetapi ketika barisan kiri pasukan Siria melihat bahawa barisan kanan mereka sudah diserang sehingga berundur, mereka membelok dan menyerang Yudas dan anak buahnya dari belakang.
17 Mereka bertempur dengan sengit, dan pada kedua-dua belah pihak banyak yang terkorban.
18 Akhirnya Yudas gugur dan anak buahnya melarikan diri.
19 Lalu jenazah Yudas diambil oleh Yonatan dan Simon saudaranya dan dikuburkan di makam nenek moyang mereka di Modein.