20 Dia ditangisi dan diratapi oleh seluruh Israel. Berhari- hari lamanya mereka berkabung dan berkata,
21 “Tak mungkin orang yang mampu menyelamatkan Israel gugur!”
22 Kisah-kisah lainnya tentang Yudas, semua pertempurannya, tindakan kepahlawanannya dan jasa-jasanya yang besar, tidak tercatat semuanya kerana terlalu banyak untuk ditulis.
23 Selepas Yudas meninggal, orang Yahudi yang tidak mengendahkan hukum muncul lagi di seluruh daerah Israel dan semua orang jahat juga kembali.
24 Pada masa itu negeri itu dilanda kebuluran hebat, dan rakyat mula memihak kepada kumpulan orang jahat itu.
25 Bakhides sendiri memilih dan mengangkat beberapa orang Yahudi yang derhaka untuk memimpin negeri itu.
26 Sahabat-sahabat Yudas dibawa menghadap Bakhides, dan dia menghukum dan mencemuh mereka.