3 Dalam bulan satu tahun 152 mereka berkhemah dekat Yerusalem.
4 Dari situ mereka menuju ke Berea dengan 20,000 orang pasukan tentera berjalan kaki dan 2,000 orang pasukan berkuda.
5 Sementara itu Yudas berkhemah di Elasa dengan 3,000 orang askar pilihan.
6 Tetapi apabila melihat pasukan musuh yang sangat besar itu, mereka sangat ketakutan. Banyak tentera Yahudi menghilangkan diri dari perkhemahan, sehingga tinggal 800 orang askar sahaja.
7 Yudas melihat bahawa tenteranya semakin berkurangan, sedangkan pertempuran sudah hampir bermula. Hatinya cemas kerana tidak ada cukup masa untuk mengumpulkan mereka semula.
8 Meskipun berkecil hati, dia berkata kepada anak buahnya yang masih ada, “Marilah kita bersiap menyerang musuh. Mungkin kita masih dapat mengalahkan mereka.”
9 Tetapi anak buah Yudas berusaha untuk mencegah dia. Kata mereka, “Tak mungkin! Lebih baik kita mundur supaya selamat. Nanti kita kembali dengan saudara-saudara kita dan bertempur melawan musuh. Sekarang kita terlalu sedikit.”