46 Berdoalah supaya Tuhan menyelamatkan kita daripada musuh.”
47 Lalu pertempuran bermula. Bakhides hampir dibunuh oleh Yonatan, tetapi dia mengelak.
48 Maka Yonatan dan anak buahnya melompat ke dalam Sungai Yordan dan berenang ke seberang. Tetapi musuh tidak menyeberang sungai untuk mengejar mereka.
49 Pada hari itu kira-kira 1,000 orang daripada tentera Bakhides gugur.
50 Selepas Bakhides kembali ke Yerusalem, dia mula membina kubu-kubu di berbagai-bagai kota di Yudea, iaitu di Yerikho, Emaus, Bet-Horon, Betel, Timnat, Faraton, dan Tefon. Kubu-kubu itu diperkuat dengan tembok-tembok yang tinggi, pintu gerbang dan palang pintu.
51 Di dalam kubu-kubu itu Bakhides menempatkan tentera untuk mengganggu orang Israel.
52 Dia juga memperkukuh pertahanan kota-kota Bet-Zur dan Gezer serta kubu di Yerusalem dan menempatkan sebuah pasukan tentera dan bekalan makanan di dalamnya.