53 Lalu dia mengambil anak-anak orang terkemuka di negeri itu dan menahan mereka di dalam kubu itu sebagai tawanan.
54 Dalam bulan dua tahun 153 Imam Agung Alkimus memberi perintah untuk merobohkan tembok di halaman Rumah Allah; dengan demikian dia akan memusnahkan pekerjaan yang dahulu dipimpin oleh para nabi. Tetapi kerja perobohan yang baru sahaja dimulakan,
55 terpaksa dihentikan oleh sebab Alkimus diserang penyakit. Badannya lumpuh dan dia tidak dapat membuka mulutnya untuk bercakap. Bahkan dia tidak dapat membuat wasiat untuk keluarganya.
56 Pada saat itu juga dia meninggal dalam keadaan terseksa.
57 Apabila Bakhides mendengar bahawa Alkimus sudah meninggal, dia kembali kepada Raja Demetrius. Lalu negeri Yudea aman selama dua tahun.
58 Kemudian semua orang Yahudi yang tidak mengendahkan hukum bersekongkol. Kata mereka, “Lihat, Yonatan dan anak buahnya tinggal di sini dengan aman dan tenteram. Baiklah kita panggil Bakhides supaya dia dapat menangkap mereka semua dalam waktu satu malam saja.”
59 Maka pergilah mereka berunding dengan Bakhides.