63 Apabila mendengar hal itu, Bakhides mengumpulkan seluruh tenteranya dan juga mengerahkan para penyokongnya di Yudea.
64 Lalu dia pergi dan mengepung kota Bet-Basi. Berhari-hari kota itu diserangnya dengan alat-alat penggempur buatan sendiri.
65 Tetapi Yonatan meninggalkan Simon abangnya di dalam kota, sedangkan dia sendiri dengan beberapa orang sahaja keluar ke pedalaman.
66 Dia menyerang Odomer dan sanak saudaranya, juga kaum Fasiron di dalam khemah-khemah mereka. Setelah dikalahkan, mereka bergabung dengan Yonatan dan mara bersama-samanya untuk menyerang Bakhides.
67 Sementara itu Simon dan anak buahnya keluar dari kota dan membakar habis semua alat penggempur.
68 Dalam pertempuran itu Bakhides dikalahkan. Dia berasa sangat geram kerana rancangan serangannya gagal.
69 Maka berkobarlah kemarahannya terhadap orang Yahudi derhaka yang telah mendesaknya untuk datang ke negeri itu. Banyak antara mereka dibunuhnya.Lalu dia memutuskan untuk pulang ke negerinya.